Thursday, May 31, 2012

Hello incik Wenger,

Nais jub.

Tulisan ini bertujuan untuk saya memberi sedikit pandangan dan cadangan kepada incik Wenger dalam pembelian pemain yang mantap untuk Arsenal mengharungi musim EPL hadapan dengan lebih jitu dan cemerlang.

Saya yakin dengan kredibiliti saya sebagai pemain Football Manager yang tegar, saya dapat membantu serba sedikit dalam urusan pembelian pemain oleh incik Wenger. Kalau incik Wenger tarak suka, jangan takut, saya masih suka Arsenal.

Sebelum itu, marilah kita bersama berdondang sayang mengkaji serba sedikit mengenai kelemahan Arsenal pada musim 2011/12. Seperti diketahui ramai, defend Arsenal adalah amat bodoh sekali. Dengan 49 gol bolos, Arsenal ikut level lebih teruk dari Sunderland (yang menduduki tempat ke-13 dalam liga). Kekurangan pengalaman juga menjadi punca utama Arsenal lemah dan longlai, dan ini boleh dilihat dengan jelas di perlawanan-perlawanan besar pada musim lalu. Oleh itu, pemilik Arsenal haruslah sedar, dan segera memberi incik Wenger duit jutaan pound untuk dibelanjakan.

Jadi, siapakah yang perlu/harus/wajib/difikirkan Arsenal beli?

1. Mamadou Sakho. (DF, PSG.)
Memang susah nak beli. Tapi kalau dapat, best tu.

2. Edin Dzeko. (ST, Man City.)
Dengar cerita nak kena jual. Memang kat MC jadi benchwarmer je, tapi kualiti tu still tinggi. Bayangkan Podolski, RVP, Dzeko. Nyum.

3. Yann M'Vila (DM, Rennes.)
Song? Meh. Beli ni, Song buat backup.

4. Lassana Diarra (DM, R. Madrid.)
Song? Meh. Beli ni, Song buat backup.

5. Ryan Shawcross (DF, Stoke.)
Bagus budak ni sebenarnya. Tunggu masa je nak main untuk England.

6. Marcel Schmelzer (LB, Dortmund)
Macam bagus je.

Dan sekarang, siapa perlu dijual: Chamakh, Squillaci, Diaby, dan sesiapa yang dirasakan sampah.

Diharap incik Wenger terbaca blog ini dan secara tidak langsung mendapat inspirasi dalam menguruskan Arsenal. Diharapkan juga RVP terus kekal di Arsenal selama-lamanya dan tolong jangan beli Benayoun. Tolong.

Nota bawah: Ada duit lebih, beli la Messi, Kompany, Rooney, Alves, dan semua pemain handalan. Buat dream team.