Wednesday, June 27, 2012

Misteri: Bunyi kucing di waktu pagi.


Cerita ni bukan cerita bohong. Sebab baru je berlaku dekat saya tadi.

Macam ni, malam tadi, seperti biasa, saya stay up tak tidur. Biasalah, remaja. Entah dalam sedang saya layan drama Gokusen, tiba-tiba saya terdengar bunyi kucing dari bawah kolej saya. Bunyinya seperti kesakitan. Meminta tolong. Saya awalnya buat tak tahu, yela, pukul 4 pagi. Siapa yang gila sangat nak pergi cari kucing waktu macam tu?

Dan setelah beberapa jam berlalu, bunyi kucing itu tidak berhenti. Sampai ke subuh. Saya mula pelik. Tak penatkah kucing itu? Tapi saya biarkan lagi, sebab keadaan di luar masih gelap. Saya agak penakut orangnya.

Namun dalam pukul 8.30 pagi macam tu, bunyi kucing itu masih tak berhenti. Perasaan saya yang takut tadi mula bertukar ke hairan. Amboi kau kucing, aku nak tidur ni, getus hati saya, agak menyirap. Saya suka kucing, saya tak kisah dia nak mengiau pun, tapi sampai 4 jam lebih ini sudah melampau.

Lalu saya mahu cari kucing itu, bukan mahu melempang kucing itu, tetapi mahu menolongnya. Saya terus menghubungi kawan saya, Anas melalui FB.

"nas"
"de bunyi kucing x?"
"jum cari"

"??"
"kucing mane plak bunyi taim ni? aku tak dengar pon"

"kuat kut"

"tadi ada la masuk bilik aku, aku kasi makan, dah chow dah"
"jap.. jom"

"dr aku naik td smpi skg"

"ko kat bilik mane"

"aku seram jd pelik"
"kat 315"
"dgr kat lua"
"jap aku trun"

Segera saya bersiap untuk turun ke bilik kawan saya itu. Dan secara tiba-tiba, baru sahaja saya menutup pintu, bunyi kucing itu hilang. Lagi saya hairan. Tiba-tiba hilang. Saya abaikan saja dan turun segera ke bilik kawan saya.

Setelah sampai, saya ceritakan semua pasal bunyi kucing tersebut. Dan kehilangan bunyi itu yang secara tiba-tiba. Anas dengan nada lawak dan berniat mahu menakutkan saya berkata, "Saka kucing tu." Saya gelak, ingin menutup perasaan takut dan hairan saya. Saya pun malas nak melayan Anas mahu menakutkan saya, segera ke bilik.

Dan hingga kini, suara misteri itu masih menghantui saya. Adakah kucing itu sudah diselamatkan? Atau sebenarnya itu suara makhluk Tuhan lain yang cuba mengganggu saya? Wallahualam, kalau betul itu suara kucing, saya harap dia selamat. Dan kalau betul ada orang yang sudah selamatkan dia, saya berterima kasih kepada orang tersebut.