Monday, June 13, 2011

Hampas kelapa.

Hampas kelapa.

Hampas kelapa yg kita pikir dah x ade kegunaan tu, sebenarnya banyak lagi kegunaannya. Oleh itu mari kita lihat ape kegunaan hampas kelapa ni.

1. Boleh digunakan untuk menyuburkan tanaman. Easy words, baja organik.
2. Makanan alternatif untuk ternakan ayam. Kalau pakcik makcik semua ade bela ayam kampung kat rumah, baling je hampas kelapa tu kat ayam2 tu, laju je die makan.
3. Boleh digunakan untuk melembutkan tangan. Ramas hampas kelapa tu selalu. Tangan anda jadi lembut. Untuk lelaki, kalau anda sendiri jadi lembut, tu payah la. (Tidak diketahui boleh digunakan untuk melembutkan hati org2 yg degil.)
4. Untuk mengilatkan kaca,cermin di rumah.
5. Untuk mengilatkan rambut jugak.
6. Boleh dijadikan snek ringan. Goreng guna sedikit minyak, letak cili boh, garam, gula, perasa. Goreng smpai garing. Makan ramai2 mase tgok Juvana kat TV3. Mesti meriah.
7. Sebagai alat pertahanan diri. Kalau ade org ceroboh rumah, makcik2 boleh baling je hampas kelape tu kat muka dorg, biar masuk mate. Padan muka dorg ye tak?
8. Sebagai perubatan alternatif untuk kencing manis, darah tinggi, lemah semangat, angin ahmar, saka, sampukan jin & syaitan, serta pelbagai lagi. (Sumber: Wak Jemain, Pakar Urut Batin)

Kesimpulannya, hampas kelapa masih mempunyai pelbagai kegunaan yang kita tidak ketahui. Oleh itu jangan dibazirkan, dan berbaktilah kepada tanah.

Entry sebenar:
Tadi aku baru bace kat blog member aku, cerita pasal universiti kat Malaysia ni dipenuhi 'hampas'. Aku tergelak. Yeke? Ok aku terus masuk link yang die kasi. Eh betul la. Lagi sekali aku tergelak. Why? Yg kate tu TNC UTM, UTM tu pulak universiti kat Malaysia ni la. Kira U ko pn banyak hampas la? Haha.

Ok, ape yg ko cakap tu maybe betul, but hampas tu perkataan yg berat untuk diterima oleh masyarakat Malaysia. Bagi aku, aku x kisah, aku wat gelak je, haha. Para pelajar yang ada kat uni tempatan ni xpayah la rase sedih, rendah diri. Sebab hampas kelapa tu banyak kegunaannya. Lagipun TNC UTM tu kena la sedar, dulu die blaja kat dalam Malaysia jugak. Kan? Kire dulu die pun hampas la, haha.

At least kite dpt masuk jugak U. Yg terpinggir tu cmne? Yg sengaja meminggirkan diri dorg tu lak, cmne?

Anda mahukan link? Ni die. Universiti tempatan dipenuhi 'hampas'?

4 comments: