Sunday, October 30, 2011

Ulasan ""Ugama Itu Adalah Candu Masyarakat" - Karl Marx."


Tulisan Cobb Nobbler, blog Teh Tarik Gelas Besar.

Agama adalah satu keperluan. Macam air. Macam oksigen. Kau perlu benda tu untuk hidup. Kalau tak ada, kau mati. Tapi bila kau minum air banyak sangat, kau pun boleh mati. Kau sedut oksigen banyak sangat, kau pun boleh mati keracunan. Begitu juga dengan agama. Kalau kau terlalu taksub tanpa haluan, kau mati.

Malah ada kisah pasal Nabi kita yang meminta sahabatnya yang ingin berpuasa setiap hari untuk tidak melakukannya. Kerana itu terlalu keterlaluan dan memudaratkan (Hell, kalau salah story, maafkan aku.)

Apa yang dicakapkan penulis blog tu betul. Agama ibarat candu. Ibarat air dengan oksigen jugak. Bila digunakan sebetulnya, efek dia adalah kebaikan, keharmonian, kesenangan, dan segala yang baik-baik belaka. Tapi bila terlebih, jadi haram la.

So dalam hal ini, perempuan di atas tu cuma terlalu taksub pada agama dia, dengan tanpa soal selidik dengan terperinci. Ketaksuban tanpa berfikir kau tu menampakkan betapa jahilnya akal kau tu. Inilah akibat belajar agama bukan dari guru yang sebenar, tapi dari link dekat FB dan ceramah lawak dekat Youtube.

Atau sebenarnya dia ingat dia tu Mary yang dapat anak tuhan, Jesus dalam agama Kristian.

Macam aku cakap. Don't be a religious-fags. Please, think before you throw out any statement tentang agama, dan sila belajar agama yang sebetulnya.

No comments:

Post a Comment