Thursday, August 4, 2011

Melayu Islam suka membazir.

Hello, pada pagi yang indah ini, mari kita mengupas satu isu yang penting buat masa ini. Belah mana yang penting aku pun tak tahu.

Seperti yang anda tak tahu, semenjak ramadan ni, saya jadi rajin pergi ke masjid. Sama ada untuk terawikh atau untuk subuh. Ye, pergi masjid time subuh semate2 nak hisap rokok. Aku tau niat memang lari terus dari ikhlas, tapi sekurang2nya aku xla buang masa untuk isap rokok je. Dan sebelum korang fikir bukan2 aku smoke sebelum imsyak, so kalau imsyak pukul 5.37 aku keluar sebelum tu. Awal kan? Tu la jadinya kalau puasa kat rumah.

So berdasarkan pemerhatian aku selama beberapa hari aku rajin ke masjid ini, aku perhatikan yang sebenarnya kebanyakkan orang yang pegi masjid ni suka membazir. Membazir apa? Membazir air time ambil wuduk. Bukak air paip mcm nak kasi gajah mandi. WTF? Kadang-kadang sampai lencun lengan baju semata-mata wuduk tu. Kenapa sampai macam tu pakcik2 abang2 adik2 sekalian? Kenapa perlu membazir? X boleh ke bukak kecik sikit? Ape, takut tak cukup airnye? Aku pernah tengok orang ambil wuduk guna kuantiti air lebih kurang penutup botol air jela. Takut ade bahagian tak kena? Weh, kau sapu la elok2 wuduk kau, bukan bukak kuat2 pastu buat lalu je. Yang lagi bebal bukak paip lepas tu dok bual-bual dulu, ade yang dok perhati air pn ade. Ape ni? Mana sifat kesederhanaan kita?

Bukan aku nak cakap tak payah ambil wuduk, aku bukan nak buat agama sesat baru. Tapi tolongla berjimat. Bukak paip tu pelan2 je, tak payah la bukak kuat2. Kalau la orang Uganda tengok kita membazir air macam tu, mau pengsan dorang.

Ni belum aku bukak cerita pasal membazir masa berbuka. Haha.

nota bawah:sebab aku letak tajuk melayu islam? Sebab aku pergi masjid, bukan pergi kuil, mesti la pasal orang islam, kan? Melayu plak sebab aku x perasan lak ade kaum lain setakat ni sepanjang aku pegi masjid time bulan pose ni. Bukan racist, tapi memang aku x nampak. Tak pakai spek.

No comments:

Post a Comment