Thursday, April 28, 2011

Mari buat revisi:Hubungan Etnik(HE)

Untuk menghilangkan bosan dan menambah post dalam blog aku, mari kita sama2 membuat revisi exam HE aku. Revisi dibuat mengenai cabaran hubungan etnik sahaja, sebab aku malas berfikir dgn lanjut. Moga2 masuk, kalau x, mampuih. Haha. Ada mase aku buat sajak lak. Eww.

Cabaran Hubungan Etnik

1. Aspek sosial

(i) Pecah dan perintah
-Kesan sistem pemerintahan 'pecah&perintah' oleh kerajaan British dahulu kala yg bertujuan memudahkan pentadbiran. Well kalau rakyat negara kita berpecah, senang la dorg nak pegang Malaya.
-British memecahkan masyarakat kepada kelompok kecil mengikut kaum/agama/keturunan.
-Masyarakat tidak dapat berinteraksi lebih kerap terutamanya yg tinggal di wilayah lain, seterusnya menyebabkan hubungan masyarakat makin renggang.
-Semangat kekitaan antara kaum juga makin menebal.

(ii) Sistem pendidikan berasingan
-Sistem ini tidak dapat membantu dalam memupuk semangat perpaduan. Kalau sekolah cina, dok jumpa budak cina je, india dgn india je, melayu pun dgn melayu je.

(iii) Polarisasi kalangan pelajar
-Sama macam di atas. Benda ni kita leh lihat bermula semasa sekolah rendah. Perpecahan start kat situ sebab masing2 terasing dari berinteraksi antara etnik yg lain.

(note: Why schools are very important? Sebab budak2 byk guna masa dorg kat sekolah. Mula pukul 7.15 pagi, habis pulak paling awal pukul 12 tengahari. Tu x masuk waktu dorg pg tuisyen, aktiviti Kokurikulum dan lain2.)

(iv) Kontrak sosial(rujukan-wikipedia)
-Merupakan persetujuan yg dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan.
-Isu ini sering ditimbulkan oleh pihak2 tertentu sehingga boleh mencetuskan kerenggangan hubungan etnik

2.Aspek Ekonomi

(i) Penguasaan ekonomi
-Terdapat jurang luas antara kaum dalam penguasaan ekonomi.
-Ketidakseimbangan pendapatan berlaku.
-Membawa ketidakstabilan masyarakat majmuk.

(ii) Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
- Penguasaan ekonomi membawa kepada pengelasan pekerjaan mengikut etnik
- Golongan etnik dikelaskan mengikut sektor ekonomi tertentu

3. Aspek politik

- Kepentingan politik sesuatu kaum diutamakan tanpa memikirkan kepentingan semua.
- Menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman.
- Perkasa selalu buat, haha.

4. Nilai antara etnik

- Perbezaan agama, bahasa, budaya
- Setiap kaum masih dan terus menebal dengan budaya, bahasa sendiri.
- Mewujudkan polarisasi antara etnik. Kalau ko Melayu, nak kawan dgn Melayu je, xnak kawan dgn mamat Cina ni, sbb die cakap Melayu x betul. Dengan amoi ko nak la kawan, sbb selalu pakai seluar pendek. Haha.

5. Globalisasi

- Barat still menjajah negara kita secara halus.
- Mempengaruhi melalui ideologi, hedonisme (kebebasan dan kesenangan hidup tanpa memikirkan agama dan tatasusila), nilai negatif, ekonomi, sains, teknologi, dan politik.
- Faktor perubah budaya yang kuat dan pantas.

Well thats all peeps. Selamat maju jaya, jawab selaju boleh dan keluar cepat2 dari dewan.

No comments:

Post a Comment