Thursday, July 7, 2011

Bersih,Biasiswa,Mahkamah.

Hi lama saya tak menulis, mencarut, mengarut di ruang blog kegemaran saya ni. Jadi sempena malam Jum'at yang mulia ini izinkan saya menulis tentang sebarang dua perkara. Mungkin 3, mungkin 4, siapa tahu?

1) Bersih
Haha aku tak ambil tahu sangat pasal benda ni. So aku nak cerita camne kalau aku taknak ambil tahu? Ok aku cerita ikut apa yang aku baca kat surat khabar(mostly pro kerajaan punya)

-Sebenarnya apa yang Bersih tu nak? Keadilan? Yeke? Kalau nak buat demonstrasi tu sampai kacau ketenteraman orang lain, kau rase adil tak?

-Dah Najib nak kasi stadium tu, yang lain tu bising buat ape? Dah tu buat jela kat situ. Kalau orang Bersih nak bising satu hal, orang anti Bersih pun ikut menyalak huha huha woff woff jugak. Sekurang-kurangnya kalau buat kat stadium tu diorang takla buat haruk kat jalanraya. Kalau stadium tu rosak, buat stadium baru, kerajaan kan pandai perabih duit rakyat.

-Bagi aku kalau nak buat tu, boleh je. Kasi je. Tapi dengan syarat, Bersih perlu tanggung semua kos, termasuk kos kerugian orang ramai. Lepas tu kalau ada kedai-kedai yang terpaksa tanggung rugi sebab ada demonstrasi, pemilik kedai ada hak untuk menyaman orang-orang Bersih. Orang awam pun kalau rasa terganggu boleh saman.

-Pasal yang bawak molotov cocktail, parang. Tu aku macam tak bape percaya sangat. Mungkin tu konspirasi atasan untuk melumpuhkan dan menarik kepercayaan penyokong Bersih. Mcm R-Truth ckp, "tu smue konspirasi tu."

-Bersih ada kebaikan, contohnya bagi idea kat RTM buat iklan bersihkan kampung. Haha.

-Ada kawan aku ajak pegi. Well, aku lagi suka berdiri atas pagar dan gelakkan kebodohan orang ramai.

2)Biasiswa

Pasal biasiswa pulak. Biasiswa JPA, kot. Najib cakap perlu ada cara pemilihan yang betul-betul betul (huh?haha) untuk memilih penerima biasiswa. Cadangan aku:

-Buat satu tempat khas untuk calon2 ni, macam matrikulasi, tapi lebih tinggi tarafnya. Buat selama 1,2 tahun.

-Kaji silibus yang gila babi punye menyiksa akal untuk mereka belajar. Boleh ambil dari universiti ternama luar negara dan disesuaikan.

-Penilaian berterusan diutamakan. Peperiksaan akhir pula diwakili cuma 20% markah, penilaian berterusan 80% markah.

-Penilaian berterusan boleh buat mcm kat universiti tu,mcm pembentangan kumpulan,etc

-Calon yang terpilih perlu aktif dalam aktiviti luar kuliah. Yang halal. Aktiviti luar turut diberi markah.

-Akhir nanti, cuma calon dgn CGPA 3.8 ke atas sahaja ditawarkan ke luar negara. 3.5 ke atas ditawarkan di dalam negara, tapi masih mendapat tajaan. Selebihnya masuk U guna PTPTN.

Well, itu idea aku. Lagipun aku rasa lagi untung buat mcmni dari kasi biasiswa terus kat budak-budak lepasan SPM tu. Fikir-fikir balik, mcm sama je kat U,kat sekolah idea aku ni.

3)Mahkamah

Wow sekarang memang banyak kes besar-besar kat mahkamah. Aku jadi teruja nak bace suratkhabar sekarang. Kalau dulu bace sukan,kartun. Pastu bace yang lain nanti2. Ikut suratkhabar Sinar Harian semalam(bapak aku suka betul beli ni, ada NST, tapi ada dalam bilik air dia.)kita ada kes:
-Sosilawati pemilik Nouvelle(sori kalau salah eja.) kena bunuh
-Ahmad Sarbaini pegawai Kastam bunuh diri/kena bunuh
Ikut kes2 tersebut, memang banyak konspirasi yang boleh kita andaikan. Orang Malaya ni bijak2 jugak ya?

4)Kaitan Bersih,Biasiswa,Mahkamah

Ntah.

3 comments:

  1. sebenarnya Ambiga dah jumpa YDPA since YDPA dah jemput dia untuk berjumpa and have a little talk and stuff. the YDPA dah setuju untuk bagi bersih ber-demo di stadium merdeka. but then you know what najib says? najib says yang now it's up to the police mcm mane dieorg nak handle dengan bersih nie. kira nya police boleh belasah org ke hape ke. sedangkan idea untuk depa berdemo dekat stadium merdeka was his idea. hurmmm...

    ReplyDelete
  2. smileyfreak:oh yeke?aku tak tau haha.so kalau YDPA dah kata cmtu,buat jela.depa kan sanjung sngat YDPA tu.

    suk:weh smlm aku g mkn dgn bapak ko,bapak aku blanje.seafood weh.menyesal ko blik awl.haha

    ReplyDelete