Thursday, July 28, 2011

Singapura 1-30 Malaysia. Singapura tetap menang.


Hello. Seperti yang anda tak ketahui, aku sedang mengikuti satu kem anjuran kolej. Walaupun kem ini amat la padat, namun sempena 2nd leg Harimau lawan Singa, aktiviti pada malam ini jadi amat lepak. Dan atas jasa baik pihak pengurusan, perlawanan itu telah ditayangkan di skrin besar untuk dinikmati oleh peserta kem.

Melihat pada perlawanan, dua-dua main macam sial. Harimau tempang, merapu entah ke mana. Hanya mengharapkan Safee Sali. Singa pula lembik, sikit2 jatuh, sikit2 tergolek. Saja buang masa. Tapi tak boleh salahkan diorang, sebab diorang nak pertahankan lead diorang. Cuma lama-lama jadi annoying haram.

Secara jujurnya aku sokong Singa malam tadi. Sebab berdasarkan perlawanan pertama, Singa main lebih cantik bagi aku. Aku bukan tak patriotik, tapi ini bolasepak, aku cuma minat permainan yang cantik. Kalau Singa kalah tapi main cantik aku tetap salute Singa. Kalau Harimau main cantik tapi kalah jugak, aku akan sokong Harimau. Tapi malam tadi walaupun dua2 main macam haram, aku tetap sokong Singa. Kenapa? Saja seronok2. Ada satu kepuasan bila lihat muka teruja kawan2 aku yang girang gumbira bila Safee jaringkan gol bertukar masam mencuka bila Singa balas balik. Dalam lebih kurang 30 orang yang tengok kat situ, aku je yang sokong Singa. Yeah aku lagi annoying dari permainan Singa. Harhar.

Apa-apapun, itu bolasepak. Aku tetap sayang Malaysia, dan benci orang Singapura yang bawak kereta macam haram kat Malaysia ni. So good game Harimau, but you should do it better.

Keputusan perlawanan:

Malaysia 1(4)-(6)1 Singapura

Cuba lagi di masa hadapan. Aku tahu korang boleh.

4 comments:

  1. Shafee tendang bola kasi gol cantik apa...
    Orang Singapura duduk dalam pulau kecil. Mana ada tempat diorang nak merempit. Lebuharaya Malaysialah yang jadi mangsa kerta-kereta mewah mereka!
    Sayang Malaysia, kecundang 1Malaysia. -Longtimenosee

    ReplyDelete
  2. kau yg tgok smbl tertidor td 2 yer????

    ReplyDelete
  3. its true that spore play btter game than msia esp. in the 1st game in spore..but if u r truly msian citizen, u should gv ur support to our team either they play a nice game or not..thats wat we call patriotik.

    ReplyDelete
  4. Longtimenosee-memang cantik.haha stail gile Safee
    Anonymous 1-aah kenape?ni mesti kes tak puas ati kena gelak tadi harhar
    Anonymous 2-yeah i know that. but in this case, aku cuma sokong bolasepak.

    ReplyDelete